Follow Me ;

Saturday, December 21, 2013

TIPS CINTA AWIEN SYERIN? ( TIPS PERTAMA )


  • Jangan simpan kata kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.

  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

  • Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.

  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali mengatakan kamu tak mencintainya lagi jika, kamu masih tidak dapat melupakan.

  • Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

  • Cinta itu suci, mahal, dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

  • Cinta tak kira dimana dan apa yang dilakukan, ia sentiasa teringat kepada orang yang dicintai, Seolah olah fikirannya tidak berupaya memikirkan perkara lain.

  • Percintaan penuh dengan percubaan. Tidak pernah bebas dari penderitaan, kebimbangan dan ketakutan. Dunia cinta juga dipenuhi dengan keindahan, kemesraan dan kenikmatan.

  • Cinta itu boleh datang tanpa disedari dan kita akan membelai dan bajainya supaya ia semakin utuh tapi pernah tidak kita fikir cinta juga boleh merubah segala-galanya.

  • Percayalah kekasihku walaupun kau jauh beribu batu di bumi eropah aku akan tetap setia menantimu jika diizinkan tuhan. AKU CINTA PADAMU!.




  • "DREAM MAKES ALL THINGS POSSIBLE, HOPE MAKE ALL THINGS WORK, LOVE MAKE ALL THINGS BEAUTIFUL, SMILE MAKE ALL ABOVE WORK POSSIBLE" :)
    Sekian, terima kasih.

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.