Follow Me ;

Wednesday, July 13, 2011

im single right now!!!

(hmmm..now aku single lah.;..dh 3bulan aku SINGLE ..aku rase sunyi sangat2 skunk niyh!! hmm..aku SINGLE pon coz dia yg mntak BREAK ngn aku...tak pernah seumo hidop aku..boy mintak BREAK ngn aku..dia sorang jerk..but now aku still lg ingat kat dia n xbole lupekan dia,,aku pon xtahu knp!!! padahal aku dh try sedaye upaye tok lupe kan dia ..coz ni permintaan dia...suroh lupekan dia wat selamenye..so aku akan ikot permintaan dia weh!! padahal dalam hati aku x sanggop tahu x!!! SUMPAH aku sayang dia sangat2,,, biar pon dia bukan CINTA PERTAMA AKU..TAPI DIALAH CINTA TERAKHIR AKU..aku xkan kapel lg dh lepas ni..susah hati aku ni tok bg kat orang laen lg tok bercinta..cukop lah ngn si dia...korang paham kan maksod aku!!! aku sanggop wat ape saje demi dia weh!!! dulu time aku kapel ngn dia.. mcm2 aku sanggop wat...coz aku terlampau sayang kan dia...n xnk kehilangan dia..tp skunk...sumenyer dah berakhir...)

Tetiba teringatkan dia bila aku tengok pic2 dia n bace mesej2 dia selameni ...semua isi kandungan dlm mesej sebelum ni membuat aku berfikir...benarlah firasatku sebelum ini bahawa perpisahan pasti akan terjadi.

Aku bersyukur kerana mengenali dia, barulah aku tahu apa itu erti bahagia dilanda cinta dan apa rasanya derita perpisahan. Cinta sudah lama terkubur, tapi rasa sayang dan segala kenangan akan kekal sehingga kini....Usah ditanya seberapa banyak airmata yang mengalir....dan jangan terkejut melihat diriku setabah ini.....ya, dalam kelembutan hatiku...aku cukup keras hati untuk berduka. Aku sendiri tidak percaya dengan keupayaan aku melalui detik-detik perit perpisahan kita.

Kawan-kawan atau lebih mesra digelar sahabat-sahabatku, jangan risaukan keadaanku...Aku sudah pulih dari kedukaan dan keperitan itu...Segala bentuk pertolongan yang kalian hulurkan kepadaku sangat dihargai, dan semoga aku mampu membalas jasa baik kalian. Tapi jangan paksa aku untuk melupakannya...kerana itu adalah mustahil, melainkan dgn Izin Tuhan...
Aku memang dah terima kenyataan, dan aku anggap dia kawan...jadi, tiada apa yang perlu dipersoalkan.....kerana kami tidak akan mungkin bersama kembali seperti dulu... dan aku juga tidak mahu bersengketa dengannya kerana segala kebaikan dia dan pertolongan dia masih segar dalam ingatanku.

Kepada mereka yang ingin mencuba untuk menyintaiku dan dicintaiku...maaf tak terhingga...kerana aku hanya melayan kalian sebagai kawan-kawan....tidak lebih daripada itu...jika aku mewujudkan perasaan cinta itu, maafkan aku kerana aku sikitpun tidak terniat untuk mempermainkan hati dan perasaan kalian.... Aku hanya ingin menjadi seorang kawan yang disenangi dan disayangi... Jika kalian masih ingin mencuba juga untuk mencintai aku....aku tak mampu menghalang, tapi buruk padahnya kalian tanggung sendiri... kerana hatiku bukan lagi untuk sesiapa...hatiku hanya milikku seorang....

Aku gembira dengan hidupku sekarang, tersenyum aku mendengar lagu nyanyian Kelly Clarkson- Since You've Been Gone.... Kini aku banyak tersenyum, selalu ketawa dan semakin matang dalam membuat sesuatu keputusan... Aku terasa bebas melakukan sesuatu mengikut kemahuanku... tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraanku menjalani hari-hariku....seperti warna-warni pelangi layaknya situasi dan persekitaranku....
Kini komitmenku sudah beralih arah.....aku memberi komitmen untuk mengejar kejayaan...bukan untuk mengejar bahagia percintaan.... Bahagia percintaan owh tidak, itu bukan diriku sama sekali...diriku telah mati untuk itu....hidup baruku meletakkan CINTA di bahagian paling bawah dalam diari hidupku.

Kalian hanya akan melihat aku bergembira dan ketawa
SALAM SAYANG buat semua teman-teman yang telah membaca nota ku ini...Mmuaaah ! <3 <3 <3 ... meskipon kao dah benci kat aku sangat2 (A) ..n dah lupekan aku wat selamenyer...but im still love u ..ingat pesanan terakhir aku tok kao dulu..aku xkan pernah sesekali lupe kan kao n hati aku sentese ade kao sorang jerk..hmm...FULLSTOP!!!

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.